.::My Followers::.

Wednesday, December 2, 2009

AWAS..!!! Jaga2 Kereta Uolls...!!!


AMARAN DARI PIHAK POLIS

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT
PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN
ANDA CARA TERBARU UNTUK
MENCURI KERETA

( INI BUKAN GURAUAN )

Sedarlah semua...!!! Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya.  Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

Zati amik info nih from Sis Norel




Image Hosted by ImageShack.us

8 comments:

ratna said...

kena beringat ni.. thanx zati. tp ada gak pernah dpt email yg cubaan nak mencuri kereta ni lebih kurang sama dgn zati citer ni..tp dia gantung tin kosong kat belakang kereta..

.M.A.M.A.D.A.N.I.S.H. said...

slm zati..

tq kongsi info ni..sgt2 berguna. mmg apa yg dismpikan kita tak perasan..tp mmg leh jd kan..so kwn2 yg lain..sm2 kita berhati2 k..

mamalieyna said...

waa gerunnye modus operandi ni..so bewarelah kaum2 hawa sume.. !

ikiqzana said...

tu la bahaya kan.. kena beringt ni.

Ena said...

Mcm2 tektik dorang nie nak mencuri kan? Thanks 4 the info yer.. :0

vee said...

Zati..thanks 4 the info..sama2 la kita berwaspada ya..

Noina said...

wow..ni taktik baru yek..Thanks yek Zetty..hurm..kena hati2 nih !

lily azliyana @ mama zara said...

Huu..macam2 cara org nak buat jahat ni kan. menakutkan betul lagi2 kite ppuan nih..silap cara leh jadik mangsa..hope dijauhkanla kite dr kejadian seumpama nih..amin..