.::My Followers::.

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha uollss.... (",)



uolls suma raya kat mana..???
erm..zati raya umah MIL kat sini...
dekat jerk dgn umah...just 15 minutes...
x balik kedah pun...coz banyak nk g kenduri... ;p



Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, November 25, 2009

Yummy...Yummy...!!!!


Yuuhuu...cuba teka...???
lunch tadi zati mkn ape..???
argghhh...alangkah bahagianya...

MyEm0.Com





















erm.....
yummy...yummy...!!!
jgn jealous erk... ;p
zakri blanje ari nih...yuuhuu.. (",)

MyEm0.Com



Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, November 24, 2009

::...Doa Seorang Isteri...::


Saje nk share dgn uolls...
cuba baca bait-bait puisi nih...
fuhhh...menyentuh perasaan...!!!



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah


Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

>>> BUAT MEREKA YG BERGELAR ISTERI..
DAN BAKAL BERGELAR ISTERI..

.:: Source : Tentang Cinta ::.




Image Hosted by ImageShack.us

Syaza in actions..!!! ;p


Hahaa...ni la akibat mummy yg tgh borink2...
semalam pas balik keja, mummy simpan2
bilik 2 badik nih...haha...terjumpa lak swimming suit
syifaa masa tecik2...!!! apalagi...trus bagi syaza
try....hihi...act, syaza x penah pakai pakaian seAYU ini...
slalu lasak ank dara nih...!!! ;p

ENJOY..!!!



 meh la lepak dgn syaza erk...!!!
kita "meronggeng" sama2 ye..!!! ;p



Ooppss...syaza "tercekci" lakss... (",)







Image Hosted by ImageShack.us

Monday, November 23, 2009

Siakap Steam Zetty84 (",)


Masak lagik....!!! tak taw nape, lately nih
mood memasak nih datang...!!!
haha...kalu x...hampeh...
dapur pun x berasap..!!!
ikan siakap steam nih zati masak
semalam...act, nk masak tuk lunch...
tapi weolls g kenduri, so...
masak tuk dinner lah... ;p



SIAKAP STEAM ZETTY84 :-

1 ekor ikan siakap sederhana 
3 batang serai (diketuk)
 5 cm halia (dihiris nipis)
5 cm lengkuas (dihiris nipis)
 1 biji bwg besar (dihiris nipis) 
 10 biji cili api
 6 biji bwg putih (diketuk)
 3 biji asam boi (buah)
 2 biji limau nipis (airnya)
 100 ml susu cair
5 titik minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
1sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos ikan
600 ml air
3 sudu jus limau
2 sudu teh tepung jagung
garam secukup rasa

BAHAN UTK HIASAN :-

 ½ batang carrot (dihiris nipis)
 Daun ketumbar

CARA-CARA :-

1) Didihkan air dalam kuali.
2) Masukkan ikan, serai, halia, lengkuas, bwg besar,
cili api, bwg putih,asam boi
3) Tunggu hingga masak.  Kemudian masukkan garam,
kicap cair, sos tiram, myk bijan, sos ikan,
jus limau, tepung jagung dan susu cair
4) Kacau rata dan akhir sekali perahkan limau nipis
5) Angkat dan sedia dihidang.


*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

1) Serai
2) Halia
3) Lengkuas
4) Bwg besar
5) Cili api
6) Bwg putih



ni la botol asam boi yg zati guna
tuk bagi masam2 manis siakap steam
nih..fuh...sedapppp!!!
yg ni zati bli kat kedai runcit dekat
umah sajork... ;p



8) Limau nipis



9) 100 ml susu cair
zati sukat guna susu botol syaza..hihi ;p



10) Ikan siakap sederhana besar



11) 1/2 carrot (dihiris nipis)



12) Daun ketumbar (ditabur di atas hidangan setelah masak)





hihi...dimakan bersama telur dadar jerk..!!!
sgt sedaappp nih...
tambah pulak semalam hujan...
fuuhhhh...sedapnya....!!!! ;p


*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*



haaaa.....ank dara zati tidur terbongkang semlm...
pas jerk balik kenduri, trus tido..
tu yg mummy jadik rajin kat dapur...
hahah ;p





Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, November 18, 2009

Puding Roti Caramel (Yg Comot) hihi ;p




*** hikss...sebenarnya puding roti caramel nih x bape nk jadi laa..
sebab zati x tunggu dia sejuk betul, baru terbalikkan dlm
pinggan...kan dah comot..!!! huhu

PUDING ROTI CARAMEL

Bahan-Bahan

>>> 750 ml susu segar/susu kotak
>>> 3 biji telur
>>> 2 s/b gula kastor
>>> 1 s/k esen vanilla
>>> 6 keping roti [koyakkan]
>>> 1/2 cawan gula [hanguskan]

Bahan Hiasan

Buah peach dalam tin
[boleh gunakan fruit koktel jugak]

Cara

1. Gaulkan susu, telur, gula kastor, esen vanilla dan roti dalam mangkuk.
2. Panaskan gula dalam loyang yg nak digunakan di atas api paling kecil
sehingga berwarna kekuningan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan adunan roti dalam loyang yg ada gula hangus.
5. Kukuskan selama 30 minit di atas api sederhana.
6. Angkat dan sejukkan loyang.
7. Bila telah sejuk terbalikkan perlahan dalam pinggan.
8. Susunkan hirisan buah peach dan sejukkan.
9. Potong dan hidangkan.

+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+
+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+

Contoh Bahan-Bahannya :-



>>> Peaches in syrup



>>> Susu segar dutch lady
[zati sukat guna bottle susu syaza haha]
>>> Gula kastor



>>> roti yg telah dikoyakkan
[zati guna roti wat sandwich "yg x de tepi tuh"]
>>> esen vanilla



>>> 1/2 cawan gula
>>> 3 biji telur



>>> periuk kukus
[yg telah dipanaskan]



haaa..ni rupa puding roti caramel zati...
sebelum diterbalikkan, nmpk suci jerk...!!!
tapi dek ganazzz, heheh dah comot sudah..!!! huhu



sedaapppp woooo...!!!
dah masuk fridge, mkn sejuk2...
fuhhhh....sempoii... ;p





Image Hosted by ImageShack.us

Discount Voucher (Lost World Of Tambun)




Salam uolls....
ada sape2 berminat x nk pegi
LOST WORLD OF TAMBUN
at Sunway City Ipoh..???
erm...zati ada discount voucher nih...
lebih 50 keping...hurry up..!!!
tapi discount voucher nih boleh guna
smpai 31 December 2009 jerk... ;p



discount voucher nih leh kurang
dalam RM2 - RM3 jerk...
kalu ada sape2 yg berminat...
sila antar nama penuh, alamat and phone no uolls
dan emailkan ke
shahzati_84@yahoo.com.my


LOVE UOLLS..!!!





Image Hosted by ImageShack.us